Saving...

Saving...

wiki.Alumni.NET - Your Location Information Resource

Asia/Malaysia/Perak/Bagan Tiang/Yayasan Tok Tam/

From wiki.Alumni.NET

Jump to: navigation, search

Coordinates: 0°N 0°E 0, 0

Terdapat 2 tujuan utama Yayasan Tok Tam dibangunkan :

i. Untuk mengakrabkan kembali tali silaturrahim keturunan Tok Tam yang dilihat semakin reput

   dengan masa. 

ii. Membangunkan yayasan/wakaf di atas tanah peninggalan Tok Tam dengan kerja sukarelawan

   contohnya mendirikan asrama/sekolah pondok  untuk orang-orang tua serta asrama untuk anak- 
   anak golongan miskin. 

iii.Meringankan bebanan anak cucu keturunan Tok Tam sekiranya ada yang bermasalah.


Sejarah & Keprluan Pada Yayasan :

Tok Tam adalah anak perempuan tunggal kepada Haji Mohammad..seorang pedagang serta peneroka awal Kampung Bagan Tiang (dulunya Sungai Megat Aris). Tok Tam mempunyai 3 orang saudara lelaki yang mana anak cucu kepada saudara lelakinya masih ramai yang tinggal di Kampung Bagan Tiang. Tok Tam mempunyai 4 orang anak..2 lelaki dan 2 perempuan (Mat Saman, Mat Sain, Zainab & Zawyah).

Che'Su binti Ja'afar (mak saya lah ni) adalah anak kedua daripada 4 orang anak Zawyah dan sekarang ini secara tidak sengaja terpaksa mewarisi tanah peninggalan Tok Tam yang masih tinggal.

Disebabkan bilangan anak cucu Tok Tam ramai serta wujud rasa kurang senang akan cara pembahagian harta pusaka Tok Tam oleh mereka yang terdahulu, dengan penubuhan Yayasan ini diharap dapat menjernihkan kembali segala yang keruh serta membetulkan kembali segala yang tersimpul demi untuk ketenangan Tok Tam, Mat Saman, Mat Sain, Zainab & Zawyah terutamanya (sebab dia insan kesayangan saya selain mak saya)di alam sesudah mati. Selain itu, sekiranya hasrat yayasan ini menjadi kenyataan..semoga Allah mengurniakan pahala kepada mereka juga anak cucu mereka di atas kerja-kerja kebaikan yang di jalankan oleh yayasan ini.

Alhamdulillah..biarpun tak ramai dari anak cucu Tok Tam yang betul-betul kaya & berharta..namun dengan ilmu serta bekerjaya..mereka terus dihormati oleh masyarakat sekelilingnya. Dengan kelebihan yang ada ini, rasanya tidaklah sukar untuk mendapat kerjasama penduduk setempat bagi menjayakan matlamat yayasan. Dengan kelebihan ini keperluan ke atas kerja-kerja am seperti tukang masak..tukang cuci..penyeliaan rasanya bukan satu masalah. Semoga Berjaya...AMIN

Contents

Current/Former Members

Visitors

  • Hotels Nearby
  • Restaurant Recommendations
  • Places of Worship
  • Directions
    • Car
    • Public Transportation

External Links

References



Personal tools